SUNGAI DI AGRO FARM

SUNGAI DI AGRO FARM
Lot 36, Ulu Sungai Di, 28600 Bentong Pahang

Isnin, 28 Disember 2009

ayam vs astro

leceh betol bila ada 2,3 keje dlm satu masa ni.. nak tak nak kna layan gak sbb semua ni customer aku gak.. bila syok dok install customer pnya astro ayam kat umah aku terabai plak.. elok jek pagi semalam dpt detect satu pnyakit cacing.. nasib baik sekor jek, tu pun sbb dia malas nak tido lam reban n g tido bawah reban...rajin sgt seludup kuar jumpa boipren.. dlm syok pasang astro ni aku sempat gak wat survey pasal yim kai ni.. rata2 kaum cina mmg tgh cari ayam ni skrg.. sifat ayam ni adalah bermuka pucat, tak blh berkokok mahupun mengawan, suka bersendirian dan kuat makan.. ada setengah pendapat mendakwa kita tak blh lakukan catuan makanan terhadap ayam jenis ini kerana serba sdikit blh mempengaruhi sifat ayam tersebut.. sejauh mana kebenaranya tak dpt lah di pastikan kebenarannya.. biji bijian seperti bijan, barli, gandum dan sedikit sayuran hijau amat sesuai di berikan sbagai makanan.. kebanyakan dari kita mungkin pernah menjumpai ada sesetengah kaum cina memelihara ayam jantan ini 2 atau 3 ekor di kawasan rumah.. seringkali aku akan terserempak melihat keadaan ini di walaupun di bandar besar seperti kuala lumpur.. kategori ayam jenis ini juga pelbagai dan mempunyai beberapa versi harga yg berlainan di sebabkan oleh kualiti dan jenis ayam yg di gunakan..

Jumaat, 25 Disember 2009



assalamualaikum...

dah lama aku dok survey n baca blog2 penternak ayam kampung ni.. aku rasa dah dekat 2 tahun gak lah aku dok membelek blog2 korang ni.. ada yg ok dan ada juga yg perlu di perbetulkan faktanya.. aku berasal dari kawasan banting selangor dan kini menetap di sebuah felda di bentong pahang.. pernah gak kerja di sebuah kilang mega di kawasan banting selama 7 tahun dan beberapa tahun terlibat dgn pembikinan kereta nasional malaysia.. ayam2 yg aku bela selama ni pun aku jaga alar kadar je sebab agak sibuk bekerja namun semenjak beberapa tahun yg lalu aku mula menumpukan sepenuh perhatian dlm bidang ni.. mungkin sebab hobi atau
dari kecik lagi aku di dedahkan dlm ternakan ayam kampung ni sejak harga dia masih lagi sekilo rm3.50... mungkin dah jadi darah daging kot sebab walau kat mana aku tercampak, aku mmg tak blh di pisah kan dgn ayam kampung ni hehehehe... jatuh bangun nya orang tua aku dalam menternak ni aku kutip sebagai pengalaman yg amat berharga.. suatu benda yg tak terdapat di mana mana kedai serbaneka mahupun jualan gudang kecuali kita mengalaminya sendiri.. ayam mempunyai 1001 mcm jenis penyakit dan semua ini bergantung kepada cara kita menangani nya dan baru2 ini aku telah menemui beberapa ramuan tradisional dari herba melayu asli yg aku gunakan sebagai vitamin (sebelum ni aku tak pernah gunakan apa2 ubat atau vitamin).. ianya masih dalam peringkat kajian utk menentukan jumlah dos yg sesuai utk haiwan ternakan..




pemakanan seimbang, persekitaran yg bersih dan selamat adalah faktor utama dalam langkah pertama dalam bidang ini.. pelbagai cara di lakukan oleh pemilik reban untuk memastikan ternakan nya tidak di jangkiti penyakit.. tepuk dada dan tanya kepada akal yg waras... kalau aku duduk dlm reban ni blh idup tak?? hahahaha seronok tgk ayam membesar dgn jayanya dan tanpa menganiaya dan menggangu fitrah hidupnya tetapi sebenarnya kita telah melakukan kebaikan terhadap haiwan ini..





Di suatu petang beberapa tahun yg lepas....


projek pertama..
lokasi : reban blakang umah, bentong, pahang



reban ayam yg terbengkalai di belakang rumah mak mertua aku tu aku bersih kan dan aku hanya mengeluarkan belanja utk membeli makanan sebab kebanyakan kayu2 hutan dan buluh, atap dan canvas buruk byk kat tempat aku ni ( gambar takde sbb masa tu camera takde hehehe).. bese tidur atas pokok, tup2 dtg mamat dari ceruk mana ntah pi tangkap n letak dalam reban, apalagi, berketak n berkokok tak henti2 sampai mak mertua aku naik tension... adat lah, sehari dua tu bese lah kan.. akibatnya, musang yg slalu dpt makanan subsidi mati kebuluran seekor demi seekor hahahaha.. tak salah aku masa tu ada cuma 8 ekor ibu ayam dan seekor bapak ayam...







Start betelur dahhhh....

ini adalah gambar salah seekor ibu ayam (ayam putih) generasi pertama yg masih ada dan masih mampu bertelur (usia anggaran 4 tahun sebab dah 4 tahun aku ngadap muka minah ni) dan mengeluarkan telur sebanyak 100 biji setahun dan di eramkannya sendiri... aku masih belum menggunakan inkubator hehehe.. anak2 yg aku buat baka pun sama, dlm satu tempoh mampu bertelur sehingga 160biji setahun dan yg lain ada yg dah mati n ada gak yg dah kene sarbat ngan matpet huhuhuhu... lagi banyak kena curi dari mati.... kebanyakan ibu ayam adalah yg baru aku beli di kawasan sekitar pahang, kl dan selangor.. kali pertama aku letak kan anak ayam yg baru menetas ( lingkungan umur 3 hari ) di dalam brooder, puas aku kna bebel ngan mak mertua aku.. sampai tahap dia sendiri alih kan anak ayam ni kat ibu dia balik dan ada waktu ketikanya pernah membuka wiring lampu yg aku pasang di dalam reban dgn alasan aku tiada pengetahuan dlm bab pendawaian elektrik... aku pasrahhhhhh (confirm mati)... cukup seminggu, hanya tinggal seekor yg masih bertahan dan selebihnya menemui ajal dan tidak dpt meneruskan perjuangan hidup... hampir 15 ekor anak ayam mati sia2 begitu sahaja.. begitu juga al kisah kepada anak ayam seterusnya... malang, nak bertekak org tua, kang tak pasal2 aku kna halau dari umah hehehehe... dengan hati yg mencuka aku menggagahkan diri menanam bangkai2 ayam ini dan mujurlah seekor ibu ayam yg entah dari mana muncul gerangannya nya tiba2 rilek melepak sesama dgn ibu ayam dalam reban yg aku buat khas dan suka2 bertelur dlm kotak kasut dan menetas dengan selamatnya (cuma ayam ni yg mak mertua aku tak ambik port sbb dia tgk ayam ni pelik sikit kot)... aku mengamalkan konsep feedlot di sebabkan dahulu org tua ku pernah melakukan perkara yg sama di samping memudahkan sistem pengurusan.. aku pisah kan anak2 ayam tadi dgn ibu dia pada waktu malam dan aku letakkan dlm brooder ( dulu aku panggil rumah kotak) utk tindakan susulan.. alhamdulillah.. lepas sebulan kesemua 13 ekor anak ayam masih sihat walafiat tanpa bimbingan dan asuhan dari si ibu.. segala ilmu yg aku pelajari dulu aku praktikkan dan beberapa kitab tajul muluk aku telaah habis habisan utk menentang hujah ibu mertua ku.... alar kasssssiiiiiimmmmmmmmmmmm....... sejak dari tulah mak mertua aku tak amik port lagi pasal ayam dia dan kini kisah kepakaran ku menternak ayam kampung habis di jaja nya kepada jiran tetangga sehingga sampai ke telinga pengurus felda hahahahahaha kini aku terus menambah seribu tanda tanya kepada jiran terdekat kerana aku telah menyediakan satu kawasan padang ragut berkeluasan 20x20 di bahagian depan rumah... tu belum aku bukak ladang ternak cengkerik dan lipas lagi hahahaha



Apek tua merayu rayu nak beli ayam...

wong.... tiap2 hari dtg reban aku nak beli ayam kampung yg aku bela sebab anak dia baru lepas bersalin.. aku rasa masa tu ada dekat 55 ekor yg dah peringkat matang..aku memang tak nak jual sebab nak buat baka pelapis.. nak jaga ati punya pasal aku jual beberapa ekor ayam yg tak berapa sesuai nak di jadikan pelapis, itu pun aku jual dgn harga rm18 sekilo hehehe... dari menyemak kat reban, baik aku jual... sehingga kini dialah pembeli setia dan salah seorang tempat rujukan untuk menghasilkan ayam 'special' yg akan aku ceritakan nanti... aku kini lebih menumpukan perhatian kepada penjualan anak benih (harga di kawasan bentong ini boleh mencecah sekitar rm4.00 hingga rm4.50) dan ayam 'special' ni sahaja dan selebihnya hanya akan menjadi santapan harian kami sekeluarga walaupun realitinya aku tak lalu nak makan ayam peliharaan ku sendiri.. anak2 ayam ini aku jual di beberapa buah kedai peliharaan binatang yg merupakan salah seorang rakan baikku di kawasan bentong, karak dan raub...




grass feed hahaha jeng jeng jeng terkawal sepenuhnya di seawal usia 3 hari












Up Grade Reban Baru..



Projek kedua ( fasa pertama )

baru2 ni aku baru jek dapat 3 ekar tanah di kawasan pinggir hutan gugusan banjaran titiwangsa utk di majukan dari pihak felda.. di waktu ini masih lagi dalam proses menanda kawasan sempadan. kawasan ini agak berbukit dan mempunyai pemandangan yg amat cantik di samping udara yg nyaman.. mungkin sedikit masa lagi tapak ini akan menjadi tapak projek aku yg baru berikutan kawasan sedia ada tidak mampu lagi menampung jumlah ternakan yg semakin meningkat.. di samping itu juga atas usahasama dengan pihak citypull agro farm aku ingin mengadakan beberapa siri kelas ternakan ayam kampung dan menjadi pusat pengedar barangan makanan dan anak ayam kampung di kawasan pantai timur.. di bawah adalah salah satu contoh sebuah yg pernah aku kunjungi di kawasan sekitar bentong ( dapat ambil gambar dari jauh jek)













Yim kai ( ayam special )

ini adalah projek terbaru aku bersama dengan en wong.. ayam ini adalah dari jenis ayam kampung biasa ( malai kai ) tetapi telah melalui satu proses pembedahan kecil untuk mengeluarkan telur pembiakan dalaman ayam ini.. rasa nya amat lazat berbanding ayam kampung biasa dan berat ayam ini boleh mencapai berat 4 hingga 6 kg seekor.. ayam jenis ini sering mendapat perhatian semasa majlis2 kebesaran kaum cina khususnya seperti tahun baru cina, christmas dan hari kesyukuran.. harganya yg mahal sekitar rm65 sekilogram dan di kawasan selangor mampu mencecah rm90 sekilogram!! ayam jenis ini amat memerlukan perhatian yg khusus dari segi pemakanan dan kawalan penyakit.. hanya ayam jantan sahaja akan di gunakan dan ini akan menjamin baka pelapis sentiasa ada utk menghasilkan baka yg berkualiti utk tujuan ini..sedikit masa lagi aku akan tambah lagi info2 berguna utk di kongsikan bersama..