SUNGAI DI AGRO FARM

SUNGAI DI AGRO FARM
Lot 36, Ulu Sungai Di, 28600 Bentong Pahang

Selasa, 30 November 2010

masalah anak ayam mematuk rakan rakan

memang adat lah benda ni terjadi kepada penternak skala besar dan sederhana.. berbagai punca masalah perkara ni berlaku..tapi yg paling top rank ialah tanda2 awal stress, kurang nutrisi dan sifat semulajadi ayam kampung ni.. stress ni di datang kan oleh beberapa faktor2 yg x di undang atau di abaikan oleh penternak..

punca stress yg biasa di kesan ialah khadiran pmangsa seperti kucing, musang atau biawak di waktu malam.. kadang2 lembu pun anak ayam takut sbb pd naluri anak ayam ni tiada ibu utk melindunginya di waktu kecemasan..perkara ni x boleh di elakkan tp kita boleh mengurangkan tahap bahaya dgn membina sebuah bangsal yang selamat dari aktiviti pemangsa..biasanya kedudukan yg bagus adalah di tengah2 kawasan reban yg agak jauh dari pagar yg memisahkan antara pemangsa dan ternakan kita..letakkan brooder ni kat tengah2 lokasi reban anda..

perkara kedua ialah kekurangan nutrisi seimbang.. seringkali kita terlepas pkara penting ni..pd andaian kita dedak atau makanan yg kita beri tu dah cukup segala yg di perlukan.. seandai nya ayam tu boleh bercakap silap2 ada akta ygb akan di gubal aleh kerajaan nanti hehehe... cara alternatif dgn memberi buah2 segar dari ladang(bukan busuk) spt betik sbagai contoh yg paling mudah di dapati..selain itu anda boleh membina sebuah kurungan yg boleh di angkat dan dipindah kan..jaring mata punai atau jaring pukat di gunakan secara total merangkumi keluasan 4x4 dan dgn ketinggian yg sesuai dan berlantaikan tanah utk memudah kan anak2 ayam ni meragut rumput.. anda akan dapati gejala mematuk rakan2 akan berkurangan(bukan selesai terus).. peruntukkan selama beberapa jam utk anak ayam ni beriadah dan mandi pasir utk menghilangkan hama2 yg menjadi penyumbang sekunder punca stress ni..

hal yg ketiga ni pula memang kita x boleh nak elakkan lagi2 jika leluhurnya ada darah kacukan ayam sabung..memang stanby lah gali lubang awal2 hehehe ada beberapa cara alternatif yg biasa saya gunakan utk masalah ni antaranya memotong paruh anak ayam seawal usia 2 hari - 7 hari di mana paruh anak ayam yg di bahagian atas masih lembut dan hanya perlu memotong dgn menggunakan ketip kuku atau gunting khas.. potongan yg sedikit sekitar 2mm atau separas garisan putih kecil di hujung paruh sebagai penanda aras semulajadi sudah memadai.. mudah n simple tapi kerja ini lah yg di amalkan oleh toke2 ayam otai di negara kita..perkara ni saya pelajari sewaktu berkunjung ke sebuah ladang penetasan dan penghasilan baka bermutu untuk pasaran luar negeri.. cara yg agak berperi kemanusian pula dgn melakukan pemerhatian sekurang2 nya 30 minit utk mengenal pasti punca masalah..biasanya anak2 di kalangan ini mesti mempunyai 2 atau 3 ekor punca masalah..ini kerana naluri ingin menjadi jantan dominan kelak atau pun pada awlnya sekadar bergurau senda di waktu lapang..apabila ada luka kecil, maka pesta sikit sama di cicah akan berlaku.. asingkan yg telah cedera dan punca masalah ni ke kurungan yg lain dan biasanya anak ayam pembawa masalh ni agak sesuai di jadikan pelapis kelak..

beberapa perkara diatas jika di gabungkan keseluruhanya, maka masalah mencederakan sesama sendiri akan selesai dan mungkin perkara yg agak leceh di lakukan ini adalah antara punca mengapa tiada projek skala besar malai kai jarang kita temui di negara kita..

mungkin dengan beberapa idea tambahan dari rakan2 ternak dpt mengurangkan lagi gejala standad ini dpt di elak kan terutamanya utk penternak yg mmg bajet ngam2 hehehehehe... ayat sinis pula, apa ada hal mati 5,6 ekor kalau ada bekap 500 ekor anak ayam kan kan kan kan hehehehe sekian....assalamualaikummmmmmmmm peace no war