SUNGAI DI AGRO FARM

SUNGAI DI AGRO FARM
Lot 36, Ulu Sungai Di, 28600 Bentong Pahang

Isnin, 12 April 2010

jgn lupa berzakat ye kawan kawan

dlm sibuk kita jln bisnes ni, jgn lupa pulak kita pd yg memerlukan.. tak kira lah pd sape pun, yg penting hati ikhlas dan dgn cara itu shj dpt kita membersihkan jiwa dan membantu mereka2 yg kurang berkemampuan.. dah buat bisnes ni kita dah masuk dlm kategori zakat perniagaan.. semoga jln yg kita pilih ni di berkati dan sentiasa di rahmati... aminnnnn

Ahad, 11 April 2010

hobi masa lapang....

akiviti start pkul 1100 pg di mana sebuah van akan di penuhi dgn bunyi anak ayam, itik serati dan itik telur, beberapa ekor burung merbuk, merpati, anak ayam belanda, sepasang anak angsa 4 sarang telur itik dan telur ayam kampung, beberapa peralatan penternakan dan beberapa bungkus dedak hitam/jagung... lokasi pg ni tertumpu di kawasan teduh di bawah pohon sena berhampiran pekan sehari di lanchang pahang.. aku cuma bwk van n modal bekas jaring besi n selebihnya milik aji judin rakan ternak aku.. sambutan lebih tertumpu kpd anak itik serati dan itik telur, anak ayam kacukan.. sebuah kerusi malas dan sebuah kipas kecil hnya menjadi hiasan pg tu.. 2 jam yg cukup menjerihkan.. mana pakcik dpt stock ni? ada byk ke? kalau saya nak tempah 500 ekor blh? hmmm takat tanya je, mmg skadar jawapan lah yg dia dpt.. hampir rm950 di perolehi sepanjang 2 jam di situ.. tak susah kan? buat muka ada bisnes juta2 n jgn lupa senyum kat org yg lalu lalang.. mcm2 cerita dan trick2 tradisional blh di dengar walaupun agak pelik, tp itu lah alternatif yg diguna pakai sejak dahulu lg.. kawan aku ni segala mcm telur di cuba tetaskan guna inkubator yg aku beli kat saifull dulu termasuklah telo cicak yg aku sengaja masukkan tanpa pengetahuan dia hahahaha saje wat modal gelak2 kat surau nanti.. kalo dah mcm ni pnya gaye, bkn tahap hobi je kan? lu olang pikirlah sendiri........

Sabtu, 10 April 2010

ermmmmmmm

knp mahal sgt yim kai ni? knp x pnh dgr pape pun pasal ayam ni? sedap ke? mcm mana blh besar smpai 4,5 kilo? mcm2 soalan yg mungkin timbul di kalangan pembaca..

1 - mahal sbb x ramai yg mampu menanggung kos makanan yg agak tinggi dan tempoh matang agak lama (seperti malai kai), xde jln shortcut kecuali bela ayam kat tagged hehehe..
2 - x pnh dgr sbb x de sape yg nak ambil tahu ayam jenis ni.. pangai aku ni mmg suka menyemak dan kaki penyebok lg2 bab ayam ni.. lg pun rupa ayam ni sama mcm ayam biasa cuma apa yg membezakannya terselindung di balik torehan kecil di bawah kepaknya.. so, mmg x perasanlah..
3 - sedap lah sbb ayam dah matang kan..manis, empuk, dan lazat sehingga lupa amoi lalu kat sebelah..
4 - besar mcm tu sbb ayam ni akan mkn sebanyak mana yg kita bg.. pelik, najis dia x banyak mcm ayam biasa.. fcr tu mungkin dh jadi 1:1.. g tnya saiful a.k.a citypullagro, dia terer sket bab kira2 ni.. aku kalo malas nak kira mmg suruh dia tlg kira, tp mmg payah lah nak dpt jawapan dari dia hehehe

ayam ni bkn jenis tiap2 hari org makan..ayam ni ada kelas tersendiri dan tergolong dlm kategori makanan org kaya atau pun eksotik.. so, market agak terhad dan hanya kaum cina shj amat menggemari ayam ni.. contact atau customer ni mmg peringkat vip, org manyak luit dan toke restoren besar.. so, org yg agak kekurangan modal ni telan ayaq liur jelah.. tp..... skali dorang dah tau port mana nak dpt stock ni, mmg x menang tgn nak handle.. encik wong selaku rakan kongsi hanya memantau keadaan pasaran dan jumlah pengeluaran sentiasa di kawal agar tidak berlaku lambakan produk di pasaran kelak.. sebenarnya banyak penternak ayam (pelbagai variasi) di kawasan bentong ni sekitar 20 ke 30 org..tp dorang pnya market lebih tertumpu kat hotel area kl,gentig n jb.. so, aku cuma control pasaran domestik jelah.. almaklumlah, modal ciput.. tu pun dah ok sgt dah utk makan kami anak beranak.. so, yg teringin nak cuba bela ayam ni, survey market, blh la budgrt kos makanan n kalau ok, jgn segan silu call aku utk dapatkan stock ayam ni.. nak beli yg dah matang ( cukup 100 hari ) x blh lah sbb dah ada yg booking.. harga jualan ayam yg dah siap proses yim ni cuma rm25 seekor ( berat anggaran 1.5 kg )..

Jaring Pukat di buka utk jualan

jaring pukat utk di jual.. lokasi penghantaran kl/selangor,pahang,n.sembilan dan perak.. lain tempat ikut bila wa freee lor..baru lama, semua ada.. sendri angkat atau mau kasi hantar.. minyak n tol tlg kautim kasi haaaa.. saiz satu inci atau brapa besar lu olang mau.. harga baru bawah rm20 n 2nd harga bawah rm10.. gambar sikit hari lagi.. sapa mau kasi koling2 0129405217..

Selasa, 6 April 2010

yim kai 2nd phase.. tq bos, saifull a.k.a citypullagro

assalamualaikummmmmm.....
hehehe lama dah x menaip sbb sibuk sgt ngan keje yg melimpah ruah.. tahun baru cina yg lepas semua ayam special yg ada telah di borong sekaligus (25 ekor) oleh seorang pelawat yg kebetulan singgah ke rumah utk mengambil limau bali.. beliau agak terkejut kerana org melayu yg masih muda mengetahui mengenai ayam jenis ini yg sememangnya ramai tidak tahu akan kewujudan ayam ini termasuklah segelintir anak muda dari kaum cina khususnya..harga yg aku tawarkan jauh lebih rendah berbanding yg pernah mereka beli.. hanya rm50 sekilogram.. timbang punya timbang,hampir 94kg.. hahaha terpaksa dia call member dia dtg bawak duit extra..cash n carry.. ptg itu rumah aku dah mcm perjumpaan persatuan kaum cina dah, dkt 4 biji kereta yg dtg n ada jiran2 mula memanjangkan telinga cuba mencuri dgr perbualan kami.. dengan harga yg agak rendah hasil tunjuk ajar dari encik saifull citypullagro dlm menghasilkan makanan rumusan yg setanding dgn makanan komersial dgn kos serendah rm0.60 sen, mereka tertanya tanya bagaimana aku menyediakan menu makanan utk ayam ini yg sememangnya terkenal dgn solero yg agak rakus... hehehe aku hanya menuding jari ke arah rumpunan rumput napier yg menghijau subur yg aku tanam tidak lama dahulu sekembalinya dari kelas ternakan yg di anjurkan oleh citypullagro... kadar penjimatan berganda dgn kadar penggunaan yg maksimum telah menunjukkan hasil yg amat mengkagumkan yg tidak pernah terpikir dgn cara yg agak mudah dan dgn hanya mengambil masa selama 15minit setiap hari, banyak kos dpt di kurangkan dan aku mula mengajar beberapa org rakan cara menyediakan resepi ini.. bos, jasa dan tunjuk ajar mu akan ku kenang selagi hayat di kandung badan..
dengan sejumlah keuntungan sempena perayaan dan sedikit investment atau downpayment yg aku terima dari beberapa org pelawat td utk mendapatkan bekalan ayam ini utk perayaan tahun 2011, aku mula mencongak dan memutuskan utk memberi perhatian penuh utk projek yim kai ini.. ayam kampung yg ada telah di pindahkan ke reban aji judin sepenuhnya kerana ayam jenis ini (yim kai) tidak di galakkan utk bercampur gaul sewenang wenangnya dgn malai kai.. sebanyak 150 ekor ayam special ni dah di masukkan ke dalam reban bermula april dan sebanyak 50 ekor pada bulan seterusnya dan akan menempuh perjalanan hidup yg agak mewah berbanding sebelum ni hehehe di sebabkan sebuah inkubator berkapasiti 500 biji ( hasil kursus kilat dari citypullagro) mula menjadi gajah putih, aku membuat perancangan utk menetaskan telur ayam kampung dan itik serati dari jiran terdekat dgn upah sebanyak rm1.50 sebiji.. mahal ke? dah hampir 8 tahun aku mengadap malai kai ni, sempena tahun baru ni nak ubah solero kpd yim kai plak.. kang dah jemu ngan yim kai layan malai kai balik.. begitulah seterusnya sampai aku dah tua nanti..insyaallah
ini bukan fantasi, tetapi adalah titik tolak di mana cita2 dan keazaman berubah menjadi realiti hahaha chowwww