SUNGAI DI AGRO FARM

SUNGAI DI AGRO FARM
Lot 36, Ulu Sungai Di, 28600 Bentong Pahang

Ahad, 16 Januari 2011

Ayam makan telor?? btl ke ayam x sehat?? entah lah labuuuuu

assalamualaikum...

Tajuk ni agak subjektif sebenar nya.. aku sendiri pun x pasti apa yg buat pkara ni terjadi sbb telur2 semua aku beli dari jiran2.. byk sebab dan byk pkara yg memungkin kan situasi ini terjadi.. ada dua situasi iaitu semasa proses bertelur dan mengeram... kita x tahu samada telur tu pecah atas sbb di pecahkan,terpecah tanpa d sengajakan atau pun sbb dah mmg ada retakan kecil sejak ibu ayam tu bertelur.. di sini lah akan terbit situasi di mana inkubator adalah amat di perlukan di saat saat kritikal ini hehehehe.. dari pengalaman yg x seberapa ni n beratus ratus jam pemerhatian memerhati tingkah laku ibu ayam bertelur, beberapa rumusan dpt di kumpulkan dan mungkin penyebab utama masalah ni..

- semasa bertelur, terdapat ibu ayam lain sedang bertelur, walaupun ada bekas yg lain, diorang ni mmg akan berebut tempat.. dlm tgh berebut tu, x mustahil telur akan terpijak dan pecah, nak2 telur yg agak nipis kulit nya dan ada retakan kecil..

- kedudukan dinding kotak eraman yg tinggi dari paras lantai bekas bertelur.. bila dah tinggi ayam kna lah melompat dan x mustahil blh terpijak telur nya sendiri..

Jika ada telur yg pecah, x mustahil lah ibu ayam akan memakan isi telur, bkn kerana lapar tetapi sbb nak membersih kan tempat bertelur yg basah sbb cairan dari kunen dan putih telur yg pecah tu..kebetulan kita ternampak dan membuat kesimpulan ibu atau ayam jantan makan telur dan di susuli pula oleh lemparan kayu 1x2 yg agak tepat maka bertempiaran lari lah mereka dan membatal kan niat utk bertelur pada ketika itu hehehehe

cara yg aku slalu buat ialah akan mengambil setiap telur yg ada dlm kotak bertelur setiap ptg dan meninggal kan telur dummy sbagai umpan untuk ibu ayam tadi terus bertelur di tempat yg sama..mudah tapi memerlukan pemerhatian yg tajam utk memerhatikan gerak geri mereka semua.. satu lagi cara ialah dgn merekacipta satu kotak bertelur yg memboleh kan telur bergolek keluar dari kotak eraman dgn mengadaptasi rekaan reban ayam telur..

- semasa mengeram pula, biasa nya telur2 ini akan pecah secara misteri bermula pada hari ke 3 atau ke 4..x pasti kenapa, tapi aku pnh try letak telur yg x ada benih, semua pecah..tapi bila aku letak yg berbenih, elok je lah pulak sampai 20 hari...ermmm naluri ibu kot?? sgt subjektif lah nak komen..tp cuba la korang try, aku buat ni mgkin kebetulan je..

- semasa mengeram, dari hari ke 3 hingga hari ke 19, sekurang2 nya ibu ayam akan turun naik kotak eraman sebanyak 40 kali atau lebih, risiko sgt terdedah kepada telur2 ni..

Untuk mengelak kan telur pecah manjang, GUNAKAN LAH INKUBATOR k hehehehe atau pun dgn cara mencegah telur dari mudah pecah, berilah ubat apa ntah aku dah lupa nama dia, tp mmg khas utk telur yg kulit agak nipis lah.. tp kalau dah mmg was2 nak guna inkubator, asingkan lah ibu ayam yg mengeram ni ke satu tempat khas yg jauh dari kekecohan perebutan bekas telur utk ibu ayam yg hendak bertelur.. banyak lagi penyebab yg korang penah jumpa, kongsi2 dgn aku yg x seberapa ni ye..

Sabtu, 15 Januari 2011

ayam kampung n ayam kacukan... ayam gak kan hehehehe

assalamualaikummm...

mana2 reban member yg aku pegi mesti ada yg tnya apa beza 2 ayam ni.. aku yg mmg x ambik port sgt pasal hal ni pun rasa cam malas jek aku nak jawab... bg aku, ikut pngalaman lah....aku x ambik kira sgt apa beza 2 kategori ni, cuma aku penting kan harga jual jek.. pnh gak dulu terlanjur terbeli ayam kacuk (sbb brader tu beriya ckp ayam kampung ori), aku bedal jek bela sbb dah terbeli...bg mkn dedak n mkn campuran sama mcm ayam kampung, hidup di kalangan ayam kampung aku,mragut rumput tapi bila usia cecah 4 bulan, berat dah 1.5 kg,padahal ayam kampung aku baru ngam sekilo lebih sket..

kbetulan satu ptg sebelum maghrib ada sorang apek sesat ronda2 kampung nak beli ayam bila npk je ayam kacuk aku yg gumuk2, terus dia ckp ini 30 ekor ayam saya mau beli...ini mau angkat boley ka? mau jual ka? zup zap zup zap lepas isyak siap keje tangkap ayam n timbang.. skilo dia bedal rm12 sbb dia nak jual kat pasar lagi...kira standard harga ladang n agak tinggi utk ayam kacuk..ermmmm apa beza?? rasa?? lantak lah apa dorang nak rasa... rupa?? sama jek mcm ayam kampung dgn pelbagai versi warna ada warna kelabu,oren,putih,itam,kunen n merah..kaki besar sket dari ayam kampung...cukup sminggu apek tu dtg lagi tnya stok ayam tp aku ckp dah ada org booking..

pk pnya pk, idea ni aku panjang kan kat member aku aji judin, n lepas tu dia start buat eksperimenl bela ayam kacuk ni dgn cara yg paling tradisional hehehe 100 ekor aku beli dari brader yg ngecong aku dulu n lg 25 ekor dari apek jual kat pasar pg karak..saje nak tgk kot2 baka dia ni sama ke ngan baka dari brader tu.. ckup 3 bln, ayam dari apek tu sepesen jek, kaler itam merah n yg betina kaler kunen.. ermmmm maksalah nih..xpe2, sampai jek 4bln n ngam berat 1.6, panggil apek tu ari, ngam dia sarbat semua yg aku beli dari brader tuh..yg kaler sepesen tuh dia hold dulu..tnya rakan2 dia.. ckup sminggu dia x dtg maknanya xnak beli lah tu kan..

ayam jenis apa kah ini ekkk??? aku pun xtau nak ckp apa.. brader tu pun x ckp mana dia ambik stock..rege pun murah,rm1.80 sekor... stock anytime blh dpt..ayam yg kaler sepesen tuh kbetulan ada orang dari mempaga nak wat kenduri, nak tukar selera ayam kampung..semua ayam tuh selamat di jual dgn harga rm10 sekilo.. ada gak aku try tinggalkan 2 ekor ayam pempuan (dari baka yg brader tu jual) wat baka nak try terer mengeram ke x..hasil?? telur besar n x reti nak mengeram n telor besepah2, sedikit ciri2 ayam kacuk..tp dari aliran mana kurang pasti lah..

pelbagai variasi ayam kacukan di hasilkan dan bg aku mgkin ini sahaja cara nak kaber masalah bela ayam kampung.. bela jek ayam kacuk n bela stail ayam kampung,makan nasik,makan rumput dll..punca org cina xnak beli sebab biasanya ayam kacuk yg komersial ni kuat melantak dedak, jd rasa dedak lah ayam tu kan n kureng lah khasiat dia heheheh yeke?? agak nya lah kot... lg satu mgkin sbb ayam kacuk komersial ni dah di suntik dgn pelbagai ubat kot.. ayam kampung ni kalo dah byk sgt ubat masuk dlm bdn, mmg rasa akan berubah..yeke?? apek tu ckp lah, bkn aku yeeee... tu sbb aku bela ayam kampung x guna sgt ubat dari chemical ni.. cuma utk sakit2 kronik je aku bg.. dpt gak aku kurang kan kos operasi.. cuma yg beza kadar keliatan jek..ayam kacuk ni sama cam ayam kasi yg aku bela, tp kurang manis sket lah.. pandai2 lah kita pk camna cara nak kaber kerugian hehehe babaiiii

Rabu, 12 Januari 2011

Jualan Anak Ayam Kampung / Itik Serati / Itik Telur

Assalamualaikummmmm......
alhamdulillahhhh.....semua urusan ayam kasi telah di laksana kan dgn jaya nya utuk perayaan tahun baru cina edisi 2011... reban dah clear dan di samping kelengangan yg mendadak, aku dan rakan rakan mula mengumpulkan segala kudrat dan tenaga di samping sedikit kepakaran untuk cuba menampung sedikit permintaan anak benih yg agak berkurangan sekarang di sebabkan musim yg x menentu... Jualan anak ayam kampung dan itik telah memulakan operasi pada 02 01 2011 dan segala tempahan boleh di lakukan dgn menghubungi terus atau sms di talian 0129405217.. tempahan di luar lingkungan 50km dgn jumlah minimum 100 ekor.. harga boleh di runding berdasarkan jumlah tempahan.. cash n carry okay... :)

(rujuk sebelah)