SUNGAI DI AGRO FARM

SUNGAI DI AGRO FARM
Lot 36, Ulu Sungai Di, 28600 Bentong Pahang

Ahad, 16 Januari 2011

Ayam makan telor?? btl ke ayam x sehat?? entah lah labuuuuu

assalamualaikum...

Tajuk ni agak subjektif sebenar nya.. aku sendiri pun x pasti apa yg buat pkara ni terjadi sbb telur2 semua aku beli dari jiran2.. byk sebab dan byk pkara yg memungkin kan situasi ini terjadi.. ada dua situasi iaitu semasa proses bertelur dan mengeram... kita x tahu samada telur tu pecah atas sbb di pecahkan,terpecah tanpa d sengajakan atau pun sbb dah mmg ada retakan kecil sejak ibu ayam tu bertelur.. di sini lah akan terbit situasi di mana inkubator adalah amat di perlukan di saat saat kritikal ini hehehehe.. dari pengalaman yg x seberapa ni n beratus ratus jam pemerhatian memerhati tingkah laku ibu ayam bertelur, beberapa rumusan dpt di kumpulkan dan mungkin penyebab utama masalah ni..

- semasa bertelur, terdapat ibu ayam lain sedang bertelur, walaupun ada bekas yg lain, diorang ni mmg akan berebut tempat.. dlm tgh berebut tu, x mustahil telur akan terpijak dan pecah, nak2 telur yg agak nipis kulit nya dan ada retakan kecil..

- kedudukan dinding kotak eraman yg tinggi dari paras lantai bekas bertelur.. bila dah tinggi ayam kna lah melompat dan x mustahil blh terpijak telur nya sendiri..

Jika ada telur yg pecah, x mustahil lah ibu ayam akan memakan isi telur, bkn kerana lapar tetapi sbb nak membersih kan tempat bertelur yg basah sbb cairan dari kunen dan putih telur yg pecah tu..kebetulan kita ternampak dan membuat kesimpulan ibu atau ayam jantan makan telur dan di susuli pula oleh lemparan kayu 1x2 yg agak tepat maka bertempiaran lari lah mereka dan membatal kan niat utk bertelur pada ketika itu hehehehe

cara yg aku slalu buat ialah akan mengambil setiap telur yg ada dlm kotak bertelur setiap ptg dan meninggal kan telur dummy sbagai umpan untuk ibu ayam tadi terus bertelur di tempat yg sama..mudah tapi memerlukan pemerhatian yg tajam utk memerhatikan gerak geri mereka semua.. satu lagi cara ialah dgn merekacipta satu kotak bertelur yg memboleh kan telur bergolek keluar dari kotak eraman dgn mengadaptasi rekaan reban ayam telur..

- semasa mengeram pula, biasa nya telur2 ini akan pecah secara misteri bermula pada hari ke 3 atau ke 4..x pasti kenapa, tapi aku pnh try letak telur yg x ada benih, semua pecah..tapi bila aku letak yg berbenih, elok je lah pulak sampai 20 hari...ermmm naluri ibu kot?? sgt subjektif lah nak komen..tp cuba la korang try, aku buat ni mgkin kebetulan je..

- semasa mengeram, dari hari ke 3 hingga hari ke 19, sekurang2 nya ibu ayam akan turun naik kotak eraman sebanyak 40 kali atau lebih, risiko sgt terdedah kepada telur2 ni..

Untuk mengelak kan telur pecah manjang, GUNAKAN LAH INKUBATOR k hehehehe atau pun dgn cara mencegah telur dari mudah pecah, berilah ubat apa ntah aku dah lupa nama dia, tp mmg khas utk telur yg kulit agak nipis lah.. tp kalau dah mmg was2 nak guna inkubator, asingkan lah ibu ayam yg mengeram ni ke satu tempat khas yg jauh dari kekecohan perebutan bekas telur utk ibu ayam yg hendak bertelur.. banyak lagi penyebab yg korang penah jumpa, kongsi2 dgn aku yg x seberapa ni ye..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan