SUNGAI DI AGRO FARM

SUNGAI DI AGRO FARM
Lot 36, Ulu Sungai Di, 28600 Bentong Pahang

Selasa, 6 April 2010

yim kai 2nd phase.. tq bos, saifull a.k.a citypullagro

assalamualaikummmmmm.....
hehehe lama dah x menaip sbb sibuk sgt ngan keje yg melimpah ruah.. tahun baru cina yg lepas semua ayam special yg ada telah di borong sekaligus (25 ekor) oleh seorang pelawat yg kebetulan singgah ke rumah utk mengambil limau bali.. beliau agak terkejut kerana org melayu yg masih muda mengetahui mengenai ayam jenis ini yg sememangnya ramai tidak tahu akan kewujudan ayam ini termasuklah segelintir anak muda dari kaum cina khususnya..harga yg aku tawarkan jauh lebih rendah berbanding yg pernah mereka beli.. hanya rm50 sekilogram.. timbang punya timbang,hampir 94kg.. hahaha terpaksa dia call member dia dtg bawak duit extra..cash n carry.. ptg itu rumah aku dah mcm perjumpaan persatuan kaum cina dah, dkt 4 biji kereta yg dtg n ada jiran2 mula memanjangkan telinga cuba mencuri dgr perbualan kami.. dengan harga yg agak rendah hasil tunjuk ajar dari encik saifull citypullagro dlm menghasilkan makanan rumusan yg setanding dgn makanan komersial dgn kos serendah rm0.60 sen, mereka tertanya tanya bagaimana aku menyediakan menu makanan utk ayam ini yg sememangnya terkenal dgn solero yg agak rakus... hehehe aku hanya menuding jari ke arah rumpunan rumput napier yg menghijau subur yg aku tanam tidak lama dahulu sekembalinya dari kelas ternakan yg di anjurkan oleh citypullagro... kadar penjimatan berganda dgn kadar penggunaan yg maksimum telah menunjukkan hasil yg amat mengkagumkan yg tidak pernah terpikir dgn cara yg agak mudah dan dgn hanya mengambil masa selama 15minit setiap hari, banyak kos dpt di kurangkan dan aku mula mengajar beberapa org rakan cara menyediakan resepi ini.. bos, jasa dan tunjuk ajar mu akan ku kenang selagi hayat di kandung badan..
dengan sejumlah keuntungan sempena perayaan dan sedikit investment atau downpayment yg aku terima dari beberapa org pelawat td utk mendapatkan bekalan ayam ini utk perayaan tahun 2011, aku mula mencongak dan memutuskan utk memberi perhatian penuh utk projek yim kai ini.. ayam kampung yg ada telah di pindahkan ke reban aji judin sepenuhnya kerana ayam jenis ini (yim kai) tidak di galakkan utk bercampur gaul sewenang wenangnya dgn malai kai.. sebanyak 150 ekor ayam special ni dah di masukkan ke dalam reban bermula april dan sebanyak 50 ekor pada bulan seterusnya dan akan menempuh perjalanan hidup yg agak mewah berbanding sebelum ni hehehe di sebabkan sebuah inkubator berkapasiti 500 biji ( hasil kursus kilat dari citypullagro) mula menjadi gajah putih, aku membuat perancangan utk menetaskan telur ayam kampung dan itik serati dari jiran terdekat dgn upah sebanyak rm1.50 sebiji.. mahal ke? dah hampir 8 tahun aku mengadap malai kai ni, sempena tahun baru ni nak ubah solero kpd yim kai plak.. kang dah jemu ngan yim kai layan malai kai balik.. begitulah seterusnya sampai aku dah tua nanti..insyaallah
ini bukan fantasi, tetapi adalah titik tolak di mana cita2 dan keazaman berubah menjadi realiti hahaha chowwww

Tiada ulasan:

Catat Ulasan