SUNGAI DI AGRO FARM

SUNGAI DI AGRO FARM
Lot 36, Ulu Sungai Di, 28600 Bentong Pahang

Isnin, 4 Januari 2010

Cerita sang penglipur lara di suatu ketika dahulu...

Saripudin (bukan nama sebenar) baharu shj mendapat pinjaman kewangan dari sebuah bank sebanyak 50 ribu ringgit berikutan nafsunya yg membuak buak ingin mencuba nasib menjadi penternak seperti beberapa orang kawannya di satu kawasan yg lain.. beberapa hari selepas itu maka bermulalah rutin harian pekerja upahanya membina reban yg x sepertinya berdasarkan ingatan otak udang nya dalam beberapa siri lawatan ke reban kawannya itu... selepas beberapa minggu, maka terbinalah sebuah bangsal ternakan ayam yg pada hemahnya amat bertepatan dgn kriteria utama dan bermulah lah deruan enjin lori menderu di jalan berdebu di kampungnya menghantar muatan yg tidak di ketahui oleh orang kampung... satu persatu muatannya di punggah dan kini terjawablah teka teki penduduk kampung sejak beberapa mggu yg lalu..ribuan ekor anak ayam yg masih terpinga pinga di pindahkan seekor demi seekor kedalam reban yg agak asing baginya..
Usahawan baru dan yg pertama diantara anak muda di kampung berkenaan, maka tanpa di paksa beberapa org anak dara sunti melalu lalangkan diri di hadapan encik saripudin dgn sukarela ataupun di paksa oleh org tuanya dengan niat ingin menumpang kesenangan beliau kelak.. saat berganti minit dan minit berganti jam... saripudin semakin alpa dengan belaian manja gadis2 idaman jejaka kampung di kelilingnya dan ada juga yg membawa juadah untuk santapan beliau dan ada juga yg secara sukarela bekerja di kawasan reban menyapu sampah demi menarik perhatian beliau.. sangkaan saripudin yg anak2 ayamnya pandai berdikari mencari makanan demi menjimatkan perbelanjaan berikutan 80% duitnya habis semata2 membina reban dan membeli anak ayam..
Selang beberapa hari, bermulah lah episod luka dalam hidup saripudin.. anak ayamnya tersungkur seekor demi seekor menyembah bumi secara beramai ramai.. ahhhh, ini mungkin angkara mereka yg irihati kat aku, detik hati saripudin tatkala melihat kejadian itu di suatu pagi selepas pulang dari membeli belah.. satu laporan polis di buat kerana percaya ia adalah angkara manusia.. dengan pandangan yg agak sinis apabila mendengar pegawai itu mencadangkan beliau ke jabatan haiwan berhampiran utk merujuk kepada pihak berwajib mengenai permasaalahan beliau.. setelah temujanji di buat, maka dgn terkocoh kocohnya seorang pegawai veterinar yg baru bertugas 3 bulan datang untuk melihat sejauh mana masaalah encik saripudin itu.. "encik salah setup reban, anak ayam x cukup makan, kawasan kotor, bila hujan anak ayam tak cukup perlindungan, encik blajar kat mana bela ayam mcm ni dan bla bla bla bla" berdesing telinga encik saripudin mendengar komen dari pegawai yg belum confirm memberi ulasan.. "5 ekor anak ayam yg encik kategorikan sebagai sihat ni pun sebenarnya menunggu masa menyertai rakan2 nya yg lain.. eloklah kiranya encik melupus kan terus baki anak ayam ini, takut memudaratkan org kampung pula nanti" kata pegawai itu umpama seorang penjawat awam yg telah lama bekerja...
Dengan hati yg sayu hiba, hanya lelehan susu getah di kebun arwah ibunya bermain di fikirannya utk menampung bayaran pinjamannya kelak setelah semua duit pinjamannya habis di joli...

hehehe ukur baju kat badan sendiri k.....lu pikir la sendiriiiii

Tiada ulasan:

Catat Ulasan