SUNGAI DI AGRO FARM

SUNGAI DI AGRO FARM
Lot 36, Ulu Sungai Di, 28600 Bentong Pahang

Selasa, 19 Januari 2010

Tradisional di zaman serba moden?

Tradisional?

hehehe nampak mcm aku duk zaman purba ke? hehehe al maklum lah duk pun kat tgh2 banjaran titiwangsa kan.. kenapa perlu menolak benda2 lama ni sedangkan negara kita semakin moden.. bukan apa, bukan ke barang antik ni mahal? btl tak? aku cuma nak memastikan segala benda yg aku belajar ni tersemat dalam kotak ingatan terutama generasi yg akan datang.. tiap2 petang aku akan libatkan anak aku ni dlm segala bentuk aktiviti dlm dan luar reban mcm yg aku lalui berbelas tahun dahulu.. pelbagai ilmu di perturunkan oleh orang tua ku dan ini secara tidak langsung menjadi sumber rujukan utama demi menjayakan projek ini dan di harap suatu masa nanti anakku juga akan menyambung tradisi ini kelak..


apa yg tradisional?


- Bahan bahan untuk membina reban seperti kayu2 hutan, buluh dan rotan.. bahan bahan ini banyak terdapat di kawasan ladang getah milik ibu mertua dan dari menyemakkan mata pengurus felda, aku tebang sedikit demi sedikit utk di jadikan struktur asas reban ayam.. kayu2 hutan sebesar ibujari di gunakan untuk di jadikan umpama jaring di bahagian atas reban untuk memudahkan cahaya matahari menembusi ruang dalaman reban.. hanya sedikit kawasan berbumbung untuk ayam2 ini mengelak dari cuaca panas melampau dan di kala hujan lebat.. buluh2 di gunakan sebagai tambahan utk tiang, sokongan pagar di samping menghalang kehadiran ular yg sememangnya takutkan buluh..


- Ubat ubatan dan rawatan memang tidak pernah aku gunakan di sebabkan ketiadaan stock di kawasan bentong.. apa yg aku amalkan ialah gaya hidup sihat di mana seawal 7 pagi aku akan mula membersihkan najis ayam di dalam dan di sekitar reban,mengganti habuk papan, membersih bekas makanan dan minuman, di samping pemberiaan air2 herba dan makanan yg baik utk menjamin kesihatannya.. alhamdulillah setakat ini hanya sekitar di bawah 5% dari jumlah ternakan yg di jangkiti penyakit itu pun penyakit yg di bawa oleh seekor ayam yg baru di beli di tempat lain..


- Pengeraman dan penetasan telur akan di pantau sepenuhnya..hanya 10 biji telur akan di hasilkan utk seekor ibu dlm satu pusingan demi menjaga tahap stamina dan kualiti anak ayam yg akan menetas nanti.. beberapa kaedah penting perlu di lakukan utk memastikan ibu ayam kekal aktif dan bertenaga sepanjang masa..



- Makanan makanan domestik seperti ubi keledek, kentang, pisang, hampas soya dan kelapa, bijirin,ikan,daging dan sisa makanan di gunakan pada tahap maksimum utk memastikan jumlah keuntungan yg memuaskan dan boleh menampung perbelanjaan kelak..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan