Ramai jiran2 dan di kalangan rakan2 sering bertanya kenapa jenis ayam ini menjadi tumpuan utama aku... jawapan yg agak mudah, lebih nilai dan blh di anggap eksotik..sebab utamanya mungkin adalah kerana jumlah penduduk cina di kawasan ini hampir melebihi kaum melayu.. ianya amat bernilai di sebab kan permintaannya melebihi pengeluaran dan eksotik kerana cara ternakan hampir menyerupai ayam kampung biasa walaupun beberapa perkara wajib di beri perhatian khusus dan mempunyai beberapa pantang larang dari kaum cina khususnya... kawasan yg di gunakan juga tidak terlalu luas dan sesuai di buat di belakang rumah dan mengolah beberapa konsep ternakan komersial dan tradisional utk menghasilkan ayam yg berkualiti dan sihat..
Seekor ayam jenis ini mampu mencecah harga rm350 seekor(mengikut kawasan) dan seorang penternak hanya memerlukan jualan sebanyak 60 ekor ayam dalam sebulan untuk menjana pendapatan kasar melebihi rm10000 ringgit hampir menyamai jualan 500 ekor ayam kampung biasa.. bergantung kepada kreativiti kita utk mengolah jadual pemakanan utk memberi hasil yg maksimum dgn kos yg sgt kompetitif..rata2 penternak ayam ini hanya menternak sekitar 15 atau 20 ekor semusim dan hanya menjadi ternakan sampingan mereka dan pernah satu ketika seorang pengusaha kolam memancing kelihatan menjual ayam ini di pasar pagi kawasan raub,temerloh dan bentong terutamanya di hujung minggu.. ada juga sesetengah penternak menjual dgn harga yg agak rendah kerana kualiti makanan yg rendah, pemilihan baka yg tidak sesuai dan sistem ternakan yg tidak terkawal..
Pasaran ayam jenis ini amat terhad tetapi penggemarnya tidak lokek mengeluarkan sejumlah wang kerana rata2 mereka ini adalah kaum yg amat mementingkan kesihatan dan ini memang di akui mempunyai rasa yg lazat dan berkhasiat tinggi.. sebuah restoren cina memerlukan sekurang2 nya 4 hingga 5 ekor sehari utk menu utama mereka..kini rata2 bakal pembeli adalah dari kaum cina dan sempena tahun baru cina akan datang ada antara mereka telah mula menempah ayam ini untuk juadah mereka dan permintaan beberapa restoren sekitar bentong amat menggalakkan.. ada juga di kalangan mereka yg tidak lokek berkongsi ilmu perniagaan dan memberi beberapa tips untuk lebih berdaya saing dalam bidang ini walaupun ada sesetengahnya agak bercanggah dengan amalan melayu kita..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan