Alhamdulillah dan syukur kehadrat ilahi kerana di panjangkan usia dan di limpahi kurniaan dan keamanan.. belajarlah kamu walaupun smpai ke negara china.. insyaalah satu hari nanti.. pelbagai pembelajaran secara formal atau tidak menerusi beberapa sesi kursus di beberapa lokasi dan lawatan ke tempat baru, sedikit sebanyak memberi beberapa perkara yg blh di gunakandemi menjayakan projek ni..
Perubahan setanding peredaran semasa..
- Konsep pengurusan reban, rekod dan tatacara pembinaan terkini sedikit sebanyak membantu dlm melancarkan operasi seharian seperti pembersihan dan pengurusan anak ayam dan induk.. jika sebelum ini keaadaan reban di reka utk menyukarkan penyamun kepala hitam memasuki reban, di samping menyukarkan kerja2 pembersihan di lakukan dan ini mengakibatkan kawasan berbau busuk dan ribuan ekor lalat singgah sebentar menghilangkan lelah.. namun beberapa bulan yg lepas konsep rekaan di ubah dan kini telah menemui cara dan rekaan yg sesuai utk projek fasa kedua yg sedang dalam proses pembinaan ini.. kawasan ruang utk bertelur dan kawasan saringan dan kuarantin di adakan utk mengawal sepenuhnya aktiviti ayam yg berada di dalam zone ini.. beberapa ruang pengasingan di adakan seperti reban induk, reban asuhan induk pelapis,reban pengasingan sementara(membawa masuk ayam luar)reban asuhan pelbagai peringkat,tempat bertelur dan mengeram yg sistematik,reban pemulihan stamina ibu ayam, reban rawatan dan reban larangan(sakit kronik).. dengan cara ini sahaja kita dapat memantau sepenuhnya dan akan sentiasa tersemat di fikiran bahawa projek ini bukan di tahap suka2 tapi melangkah setapak lagi.. rekod dan catatan amat penting mengenai sejarah satu2 kumpulan ternakan utk memudahkan pihak ketiga membuat rujukan sekiranya terdapat masaalah nanti.. segala bentuk perbelanjaan wajib di rekodkan demi memantau kewangan keluar dan masuk setiap bulan..
- Makanan makanan komersial seperti dedak permulaan dan penghabisan di gunakan sekitar 20% dari jumlah keseluruhan pemberian makanan di samping makanan rumusan dan tumbuhan hijau sebagai santapan tambahan.. ternyata makanan yg berjadual dan tetap memberi impak yg ketara dlm keputusan akhir nanti di mana perbezaan berat yg ketara berbanding ayam yg hanya cukup makan dan tidak terkawal..
- Konsep fidlot dan separa bebas adalah bertujuan utk memastikan tumbesaran yg sekata dan terkawal.. banyak perbezaan berat jika konsep yg di gunakan berlainan.. ini akan mempengaruhi hasil jualan yg sedikit dan merugikan penternak..
- Proses saringan dan kawalan mutu telur ayam yg bakal di eramkan oleh si ibu amat penting utk memaksimakan kadar penetasan anak ayam nanti.. proses saringan ini seperti melihat keadaan kulit telur samada terdapat retakan kecil atau tidak dan beberapa perkara lain sama seperti yg di lakukan oleh pemilik inkubator dlm memilih telur yg baik kualitinya..proses saringan penjantan dan induk betina juga penting utk memaksimakan mutu yg terbaik.. pemilihan ayam jantan harus di lakukan seawal usia 5 bulan di mana di waktu ini akan kelihatan 2 atau 3 ekor dlm satu kumpulan akan mendominasi keadaan di dalam reban terutama semasa pemberiaan makanan.. hanya yg terkuat shj akan mendapat kelebihan makanan dan antara nya akan terdapat seekor yg terkuat dan proses pengasingan perlu di lakukan utk memastikan keharmonian di dalam reban.. baka yg terpilih ini akan di kekalkan dengan mengambil kira saiz,warna,kesihatan dan kelincahan.. di dalam reban asuhan bakal induk mempunyai beberapa kriteria penting seperti kayu utk bertenggek yg agak tinggi, habuk papan, kulit kerang atau sedikit batu2 kecil, daun kering seperti daun jagung kering utk melatih otot kaki menjadi kuat kerana tabiat ayam suka mengais mencari makanan.. semua bahan ini perlu di ganti 3 hari sekali utk memastikan kebersihan di lantai reban berada di tahap yg memuaskan.. utk induk betina pula perkara sama perlu di lakukan tetapi perlu di asingkan dari si jantan sekurang kurangnya 8-9 bulan.. makanan yg terbaik juga harus di beri perhatian kerana ia bakal menjadi penentu hala tuju ternakan kita dan jgn pula terlalu kedekut utk mengeluarkan perbelanjaan utk keuntungan di masa hadapan..ada juga sesetengah pendapat mengatakan kalau ibu ayam kita kecil, maka anak pun akan kecil juga..tapi perkara ini agak bercanggah kerana apa yg berlaku adalah sebaliknya..anak ayam membesar seperti biasa walaupun agak kecil sedikit, tetapi badan yg pejal dan padat akan memberi perubahan kepada berat anak ayam tersebut dgn cara sistem fidlot dan makanan berjadual yg di lakukan..
- Jaringan dan rakan penternak dari kawasan sekitar juga amat penting di mana kita boleh berkongsi maklumat dan idea terkini utk memajukan ternakan ini..bersatu kita teguh, kalau bercerai lu orang pikirlah sendiri.. jangan tamak dan terlalu mementingkan diri semata mata atau iri hati melihat kejayaan org lain.. bersyukur seadanya dan teruskan berusaha demi kejayaan merubah tahap kehidupan kita..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan