SUNGAI DI AGRO FARM

SUNGAI DI AGRO FARM
Lot 36, Ulu Sungai Di, 28600 Bentong Pahang

Jumaat, 8 Januari 2010

Tradisional + Moden

Alhamdulillah, tanah yg janjikan tu dah pun dlm proses mula menebang pokok2 hutan yg tidak di perlukan.. mungkin dalam sedikit masa lagi proses penanaman rumput akan di mulakan dan akan menanam beberapa jenis rumput yg sesuai utk ayam.. tanah seluas 3 ekar akan di manfaatkan sepenuhnya sebagai lokasi utama projek ayam ni dan menjadi lokasi utk mengadakan kelas ternakan sedikit masa lagi kerana masih dalam proses perbincangan dengan pihak citypull agro.. reban sedia ada di belakang rumah akan di kekalkan utk projek yg akan datang.. sedikit tumbuhan herba seperti tongkat ali, kacip fatimah, misai kucing,stong duri dan beberapa tumbuhan herba yg lain akan cuba di kekalkan kerana ia sememangnya akan memberi manfaat kelak..

Beberapa siri lawatan sambil belajar ke reban otai2 ayam yg sememangnya amat arif dalam bidang ini memberi banyak manfaat terutama dlm mengendali kerenah dan ragam ayam ni dan beberapa rekaan reban yg blh di adaptasi utk memudahkan sistem pengurusan telur dan anak ayam..najis ayam sememanya blh mendatangkan mudarat kepada ternakan jika tidak di uruskan sebaik mungkin.. beberapa produk telah di perkenalkan di pasaran dan ringan2 kan lah tulang utk membersihkan kotoran ini setiap hari.. bersihkan bekas makanan setiap masa dan elakkan ayam2 ini memijak makanan dengan menggunakan beberapa teknik tg mudah mengikut kreativiti kita.. air yang aku gunakan dahulu adalah hasil dari produk bio aura dan kini aku mula memberi 100% air daun misai kucing yg terdapat di sekitar rumah dgn nisbah 50:50 utk keadaan biasa dan 100% utk yg di ragui kesihatannya.. ternyata selain berkhasiat ianya juga blh mencegah penyakit dan menguatkan daya tahan melawan penyakit..

Beberapa perkara baru dapat aku pelajari dari seorang pemilik projek spt meletakkan patung ibu ayam di dalam reban asuhan dgn niat menipu anak2 ayam ni kerana sedikit sebanyak mengurangkan stress kpd anak ayam yg baru menetas dan sedikit sebanyak blh menghilangkan kerinduan tahap cipan kepada ibunya.. aku lebih cenderung kearah tradisional utk menghasilkan anak ayam kerana ingin mengekalkan sifat semulajadi.. keadaan yg tidak sempurna secara tidak langsung ia akan memberi kesan kepada kelancaran aliran darah anak ayam.. peredaran darah yg lancar akan memastikan tahap kesihatan yg baik dan daging yg bermutu.. hal ini mungkin tidak memberi perbezaan kepada segelintir pembeli tetapi rata2 pelanggan sedia ada yg merupakan penggemar ayam kampung dari kaum cina blh merasai perbezaannya..

Masalah yg sering di atasi oleh penternak yg menggunakan inkubator ialah masalah ibu gila meroyan.. secara fizikal ianya tidak menjadi masalah, akan tetapi dari segi emosi jelas kelihatn amat tergannggu dan perkara ini blh mempengaruhi pengeluaran telur yg berkualiti.. cara yg mudah dan sering di gunakan dgn meletakkan 1 atau 2 biji telur utk di eramkan nya sendiri mengikut naluri semulajadi dan selebihnya di ambil dan di letakkan di dalam inkubator.. setelah menetas biarkan sehingga ibunya mengajar makan dan minum di dalam bekas yg di sediakan dan sebolehnya ambil anak ayam utk di letakkan di dalam reban asuhan di waktu malam kerana pada waktu ini bisanya seolah2 pemangsa utama spt musang berkeliaran danpada fikiran ibu ayam ini anaknya mati di baham pemangsa ini.. letakkan anak ayam ini jauh dari ibunya dan letakkan ibu ayam ini di dalam reban kecil selama lebih 4o hari sebelum di campurkan ke reban utama demi memastikan ia blh berehat dan mengembalikan stamina dan kecergasan serta tenaga yg di gunakan semasa proses bertelur dan mengeram..

Dalam jangka waktu ini pemberian makanan yg berkhasiat dan air pati kunyit di berikan utk mengubati luka dalaman dan memperbaiki sistem peranakannya utk kembali normal dan sestengah penternak memberi air kunyit yg telah di campur kan dgn air.. cara ini tak salah tapi cuma kurang memberi kesan maksimum berbanding pati kunyit.. caranya adalah dgn menitikkan terus ke dalam mulut ayam itu beberapa titik setiap hari.. ibu yg sihat dan bersedia utk kembali bertelur seterusnya menghasilkan anak yg berkualiti kelak.. mungkin ini salah satu sebab ibu ayam yg aku pelihara pada mula2 dahulu kira2 4 tahun lepas masih kekal aktif dan cergas serta menghasilkan telur yg baik walaupun garis2 kerepot telah mula kelihatan di mukanya.. cara inilah yg di ajar oleh orang tua ku dahulu tatkala aku masih beumur belasan tahun..



ini adalah beberapa contoh reban induk yang bakal di bina tetapi saiz agak kecil sedikit dan mempunyai beberapa pintu yg menghubungkan dengan kawasan padang ragut..










menangis lah tgk cara dorang buat reban.. sangat teliti dan terancang












mudah dan simple.. huhuhu

2 ulasan:

  1. aku sebenar tertarik dengan konsep yang yim kai guna pakai ni...Tradisional + Moden, memang kreatif beno aku tengok...apa2 pun jangan lupa kongsikan bersama konsep yang yim kai tu, aku bangga orang melayu kita macam ni...SYABAS!!!!!!

    BalasPadam
  2. syabas gak dr sy..reban moden n kretif

    BalasPadam